Sabtu, 05 Desember 2015

        Assalamualaikum Wr. Wb. . .

          Orang-orang barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian di antara agama dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir barat untuk menerima hakikat boleh ada satu titik pertemuan di antara agama dan sains. Kitab Bible yang diimani orang Kristian mempercayai kononnya pokok yang mana Nabi Adam ‘alaihissalam telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu. Justeru, selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak baginda ‘alaihissalam ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah membazirkan 2 kurun bertelingkah dan berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu sains daripada orang-orang Islam. 



        Pihak Gereja memfatwakan bahawa usaha mengkaji ilmu sains adalah punca kepada dosa asal (‘original sin’) Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka memberikan bukti-bukti bersumberkan Kitab Injil Perjanjian Lama (‘Old Testament’) yang menceritakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itulah Nabi Adam ‘alaihissalam telah mendapat ilmu. Lantas Allah subhanahuwata’ala murka kepadanya dan tidak mahu mengampunkannya. Justeru, suatu masa lampau pihak gereja menganggap ilmu sains sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi.




      Akhirnya apabila golongan tidak-percayakan-tuhan (‘free-thinkers’) dan ahli-ahli sains dari barat berjaya mengekang kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil sikap yang bertentangan dan sekaligus mengurangkan pengaruh ugama. Mereka membuat semua perkara yang keterlaluan demi menjayakan usaha mengekang kuasa gereja dan mengurangkan pengaruhnya supaya menjadi kecil dan tidak penting lagi.




     Justru, jika and membincangkan isu agama dan sains dengan seorang orang barat, dia akan terpinga-pinga. Mereka tidak tahu apa itu Islam. Mereka tidak tahu bahawa Islam amat menghormati ilmu dan para cendikiawan; bahawa Islam menganggap para ahli ilmu sebagai saksi bersama-sama dengan malaikat tentang hakikat bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah subhanahuwata’aala sebagaimana firmannya (surah 3: ayat 18) bermaksud:



"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menerangkan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." 



     Dan Allah s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Suci juga berfirman (surah 47: ayat 19) bermaksud:


"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman- lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."



    Al-Quran dengan jelas menyatakan sebab mengapa Adam alaihissalam. itu lebih diutamakan berbanding malaikat-malaikat ialah kerana ilmu yang Allah subhanahuwata ‘ala berikan kepadanya. Kisah-kisah di dalam al-Quran bercanggah dengan kisah-kisah Bible. Umat Islam percaya keaslian Injil telah diubah. Menurut al-Quran, hakikat bahawa Adam alaihissalam diberikan ilmu merupakan satu penghormatan dan bukannya punca baginda ‘alaihissalam dibuang dari Syurga. Justeru, jika kita berbincang tentang Islam dan sains dengan pemikir barat, mereka lebih menjurus untuk berdebat dengan andaian yang sama dengan pandangan agama mereka (Kristian) terhadap ilmu itu. Oleh kerana itu, pemikir barat merasa amat terkejut bila mereka didedahkan dengan fakta-fakta dari al-Quran dan Hadis.

    Itulah sekilas tentang mukadimah bahwa Islam sangat mencintai ilmu pengetahuan karena merupakan bagian dalam ajaran Islam. Islam pada zaman dahulu dikenal akan kaya ilmu baik kedokteran, astronomi, kimia maupun bidang-bidang lainya, di karenakan umat Islam tidak bersatu terpecah belah akhirnya runtuhlah kejayaan Islam kemudian dikuasai oleh bangsa Eropa dan mereka kembangkan di negaranya. akhirnya mereka memperoleh kemajuan dan menguasai teknologi..

disini tersedia EBOOK : kisah muallaf, Islam dan Sains, fakta Ilmiah Keharaman, dan sejarah teks Al-Qur'an.

silahkan donwload link dibawah ini ...

1.    Kisah muallaf

 
2.    Islam dan Sains, 

 
3.    fakta Ilmiah Keharaman, 

    link:
4.    sejarah teks Al-Qur'an.


~~~ selamat mendonwload semoga bermanfaat ~~~